top of page

Apa itu Industri Revolusi 4.0

Writer: Fadly AmriFadly Amri

Definisi dan deskripsi.




Kemajuan teknologi menentukan perubahan ekonomi, sosial, politik dan budaya dengan pembangunan inovasi yang menyumbang kepada kejayaan dalam proses pengeluaran bahan. IR 4.0 semakin menjadi realiti dan berpotensi untuk mengubah bukan sahaja industri tetapi juga masyarakat. Ia dilihat sebagai kemajuan yang lebih logik dan munasabah, berbanding revolusi automasi sebelumnya. Dalam IR 4.0 ini, produk dan mesin bukan sahaja berkomunikasi antara satu sama lain, tetapi juga dengan manusia. Memandangkan IR 4.0 adalah fenomena global, kebanyakan organisasi penyelidikan di seluruh dunia membangunkan produk dan sistem berdasarkan beberapa perkara penting(Uygun, 2021).

“ Dalam IR 4.0 ini, produk dan mesin bukan sahaja berkomunikasi antara satu sama lain, tetapi juga dengan manusia”

Malah, faktor terpenting dan sangat diperlukan dalam pembangunan tamadun adalah kemajuan bidang teknikal dan teknologi (Rymarczyk, 2020).


IR 4.0 pada tahun 2021


Tahun 2021 merupakan antara kemuncak revolusi perindustrian keempat. Ini menunjukkan bahawa kita telah pun menghadapi dan melepasi tiga revolusi perindustrian sebelum ini. Istilah revolusi membayangkan bahawa perpisahan daripada dengan sistem, struktur serta proses sedia ada serta mencipta sistem baharu yang lebih berkesan juga cekap hasil inovasi asas seperti enjin wap, elektrik, mikropemprosesan dan internet.Melihat kepada empat revolusi perindustrian dengan lebih dekat. dapat dilihat bahawa ia membina di atas satu sama lain. Proses ini disifatkan sebagai evolusi. Namun begitu, perubahan yang dibawa oleh revolusi tersebut dan impak yang diberi adalah besar, bukan sahaja kepada perniagaan, perdagangan dan ekonomi, tetapi juga kepada masyarakat. Oleh itu, walaupun ini adalah proses evolusi, implikasinya merevolusikan cara bekerja dan kehidupan seharian


Sejarah


Revolusi perindustrian pertama adalah berdasarkan inovasi asas kuasa wap. Ia membolehkan pengeluaran peralatan mekanikal dengan bilik mekanikal pertama pada tahun 1784. Dengan inovasi ini, seluruh masyarakat dan ekonomi beralih daripada ekonomi pertanian kepada ekonomi perindustrian. Revolusi perindustrian kedua adalah berdasarkan tenaga elektrik yang dicipta pada akhir abad ke-19 yang membuka jalan kepada pengeluaran secara besar-besaran menggunakan conveyor belt pertama pada tahun 1870. Revolusi perindustrian ketiga adalah berdasarkan semikonduktor dan mikropemproses yang membolehkan automasi dengan robot yang merupakan titik permulaan perubahan daripada teknologi analog kepada digital. Internet juga merupakan sebahagian daripada era yang wujud dalam kehidupan kita pada tahun 1990 an. Teknologi ini memerlukan kemahiran pengekodan dan pengaturcaraan, terutamanya untuk proses automasi dalam industri. Kini kita di ambang revolusi perindustrian keempat dengan cyber physical systems berasaskan Internet of Things (IoT). Dalam era ini, dapat dilihat bahawa peralatan dan mesin bukan sahaja berhubungan antara satu sama lain, tetapi juga, berhubung dengan manusia. Antara kemahiran dan kepakaran yang diperlukan dalam IR 4.0 adalah big data analytics yang telah mewujudkan peluang pekerjaan seperti data analyst, cobot engineers dan arkitek teknologi maklumat. Internet of Things (IoT) adalah infrastruktur global yang memberikan khidmat yang lebih maju dengan menghubungkan antara fizikal dan maya, berdasarkan sistem teknologi maklumat dan komunikasi sedia ada serta yang masih berkembang (International Telecommunication Union, 2012).


Kini kita di ambang revolusi perindustrian keempat dengan cyber physical systems berasaskan Internet of Things (IoT)

IR 4.0 merupakan ialah satu cara untuk menerangkan kesamaran dalam sempadan antara dunia fizikal, digital dan biologi (McGinnis, 2020). Ia merupakan gabungan kemajuan dalam Artificial Antelligence (AI), robotik, Internet of Things (IoT), percetakan 3D, kejuruteraan genetik, pengkomputeran kuantum dan teknologi lain. Ia adalah kuasa kolektif di sebalik produk dan perkhidmatan yang sangat diperlukan dalam kehidupan serba moden. Sebagai contoh, sistem GPS yang mencadangkan laluan terpantas ke destinasi, pembantu maya, yang diaktifkan suara seperti Apple Siri, syor Netflix, Shopee yang diperibadikan serta keupayaan Facebook untuk mengecam wajah anda dan menandakan nama anda dalam foto rakan. Terdapat 9 teknologi penting di dalam IR 4.0 iaitu automasi, Internet of Things (IoT), analisis big data, simulasi, integrasi sistem, penggunaan robotik, siber keselamatan, cloud dan augmented reality yang bakal merancakkan lanskap dunia moden.


 
 
 

Comments


©2022 by Fadly. Proudly created with Wix.

bottom of page